Tuesday 6 September 2011

Galeri Teknologi Ibnu Bajjah

Alhamdulillah, akhirnya galeri tersebut berjaya dihasilkan walaupun bahannya masih sedikit. Ucapan terima ksih atas sumbangan idea dari Ustazah Muniyati dan beberapa rakan lain, juga ucapan khas buat Cikgu Sofian yang bertungkus-lumus membuat 'papan tanda' galeri. Gambar akan menyusul kemudian.

Kepong 2 ' Pulun Sampai Dapat 5A'

Selepas berpuasa dan menyambut Hari Lebaran warga Tahun 6 sibuk pula dengan perayaan UPSR. Semua warga bertungkus-lumus supaya pencapaian tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Dalam Islam sendiri menyeru umatnya supaya apa yang dilakukan pada tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Gambar aktiviti akan dihantar kemudian.

Semoga semua calon UPSR 2011 di Malaysia mencapai keputusan yang TERBAIK. InsyaAllah