Sejarah PSS

Ikutilah sorotan sejarah silam PSS Ibnu Bajjah


Lokasi Perpustakaan
            Pada awalnya Perpustakaan terletak di Blok A yang mempunyai keluasan 5 bay . Pada waktu itu Perpustakaan diletakkan bersama dengan Bilik Tayangan. Kemudian pada tahun 1993 Perpustakaan dipindahkan ke bangunan D, kerana bilik sedia ada hendak dijadikan Bilik Tayangan dan Bilik Bahasa Inggeris.
Tetapi ,kerana faktor jarak  yang jauh daripada bangunan lain dan agak sukar dikunjungi oleh murid-murid dan guru, akhirnya Perpustakaan dipindahkan pula ke Blok B pada tahun 2000.
Oleh kerana, masalah kekurangan bilik untuk dijadikan  kelas P&P  akhirnya seperti kata pepatah “ seperti sirih pulang ke gagang” perpustakaan berpindah balik ke Blok A. Pada tahun 2006, bilik Perpustakaan dan Bilik Tayangan telah diubahsuai menjadi Pusat Sumber Sekolah di bawah kelolaan Puan Harmizah selaku Penyelaras PSS pada waktu itu dan Guru Besarnya adalah Puan Fauziah Hanafiah.
Oleh kerana Puan Harmizah bertukar sekolah, jawatan Penyelaras PSS diserahkan kepada Puan Noor’ain binti Salam. Guru Besar pada waktu itu adalah Tuan Hj Abd Samad Salleh yang menggantikan Puan Faridah Endut yang telah berpencen.  Sekarang Pusat Sumber Sekolah mengandungi Perpustakaan, Bilik Tayangan, Pusat Akses Sekolah dan juga Bilik Mesyuarat.
.Berbagai perubahan dan penambahbaikan Pusat Sumber bagi memaksimakan penggunaan Pusat Sumber dikalangan guru  dan pelajar .Bilangan bahan buku dan bukan buku juga bertambah. Pertambahan Buku-buku Ilmiah dan Ulangkaji telah memberi manfaat sebagai sumber rujukan kepada warga sekolah.

Pada tahun 2008, sistem automasi menggunakan perisian e-Proses telah mula dijalankan. Semua buku baru didaftarkan menggunakan sistem automasi tersebut. Manakala bahan buku dan bukan buku seperti cd dan carta sedang dalam proses pengautomasian. Dijangkakan pada awal tahun 2011 semua bahan buku dan bukan buku telah siap diautomasikan. Sirkulasi juga menggunakan automasi.
Pada tahun itu juga, SisBa juga telah diperkenalkan. SisBa bertujuan supaya bilangan murid yang  dapat meminjam buku adalah maksimum walaupun pada waktu rehat sahaja. Ini kerana murid hanya perlu meletakkan buku yang hendak dipinjam bersama kad pinjaman di dalam bakul yang disediakan, dan mengambilnya setelah buku tersebut diproses sebelum balik. Jadi urusan sirkulasi berjalan lancar walaupun tiada penyelaras atau pengawas PSS pada kaunter.


Kepelbagaian aktiviti-aktiviti telah dan sedang dilaksanakan seperti membuat Menjilid dan memproses buku-buku serta majalah, mengendalikan Bilik Tayangan, Kursus Dalaman mengenai Penggunaan Audio Visual dan ABM. Kualiti pusat sumber juga sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa
Program Nilam diperhebatkan dan dikendalikan oleh Pn Maznah Ahmad dan dibantu oleh guru kelas dalam mengumpul data bilangan buku murid Ruang Legar  Nilam diwujudkan bagi memudahkan pelajar mendapat dan membaca bahan-bahan yang diperlukan bagi melaksanakan program nilam. Ruang Legar ini terletak di luar PSS. 2 buah kerusi batu diletakkan untuk kemudahan tersebut
Pusat Sumber juga dilengkapi dengan koleksi terkini, ruang pameran dan sudut info yang boleh dijadikan panduan dan sumber informasi pelajar.
Penggunaan pusat sumber dipertingkatkan dan diberi nafas baru bagi menanam minat membaca di kalangan warga sekolah agar menggunakan pusat sumber semaksima mungkin. Semoga Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Singkir semakin membangun. Insya’Allah.