Sejarah Sekolah

LATAR BELAKANG

           PENGENALAN


Asal Sekolah
       Sekolah ini didirikan oleh kerajaan dalam tahun 1914 (T.H. 1333) di Kampung Singkir Laut iaitu sebuah perkampungan nelayan dengan nama Sekolah Melayu Singkir. Kemudian dalam tahun 1936 (T.H. 1355) sekolah ini diruntuhkan dan dipindahkan ke bangunan baru di Kampung Singkir Darat lebih kurang 1.5 km dari Kampung Singkir Laut. Sekolah ini kekal di tapak sekolah sekarang.

Pengasas Sekolah
       Sekolah Melayu Singkir telah didirikan oleh kerajaan atas daya usaha Penghulu Yahaya bin Ishak iaitu Penghulu Mukim Singkir pada masa itu dengan kerjasama penduduk mukim terutamanya Jusoh bin Muhammad. Beliau telah menghadiahkan tanahnya Lot No. 363 seluas 210 jemba 40 kaki persegi untuk dijadikan tapak sekolah . Tanah ini menjadi milik sekolah hingga sekarang.       Sekolah ini mempunyai 4 buah bangunan. Tiga buah didirikan oleh kerajaan dan sebuah didirikan oleh orang ramai. Bangunan pertama didirikan oleh kerajaan dalam tahun 1933 H di Kampung Singkir Laut di atas tanah seluas 210 jemba 40 kaki persegi Lot Nombor 363. Luasnya ialah 60 kaki X 20 kaki. Bangunan ini bertiang nibong, berdinding buluh, beratap nipah dan berlantai tanah. Dalam tahun 1955 bangunan ini diruntuhkan.
Bangunan kedua didirikan dalam tahun 1354 Hijrah ( T.M. 1936 ) di kampung Singkir Darat di atas tanah Lot Nombor 5235, 1056 dan 1057. luas tanah ini ialah 3 relong, 125 Jemba, 40 Kaki persegi. Tanah tersebut dibeli oleh kerajaan. Bangunan ini bertiang, berdinding, berlantai simen danberbumbung genting, luasnya 144 kaki X  25 kaki dan mengandungi 6 bilik darjah.
       
       Bangunan ketiga didirikan oleh orang ramai pada tahun 1957, dengan keluasan 120 kaki X 20 kaki bertiang dan berdinding kayu. Bangunan ini diruntuhkan oleh Jabatan Kerja Raya Tengah pada tanggal 20.08.1967.
        
       Bangunan ke-4 didirikan oleh kerajaan pada tahun
1967 berhampiran dengan bangunan kedua yang luasnya 190 kaki X 40 kaki mengandungi 6 bilik darjah dan 1 pejabat. Berikutnya didirikan sebuah kantin berukuran 50  kaki X 30 kaki.
        
       Pada masa ini SKS mempunyai 4 buah bangunan iaitu 2 bangunan  baru yang dibina pada tahun 1984 dan sebuah bangunan lama yang didirikan pada tahun1971. Bangunan keempat telah diubahsuai dan mula digunakan
sepenuhnya pada awal 1995.
       Pada bulan Ogos 1996 sebuah surau telah didirikan bersebelahan dengan bangunan C. Surau ini dibina atas inisiatif PIBG dan penduduk setempat. Makmal ICT telah dibina pada 11 Ogos 2005.